Terima kasih kepada semua pengunjung blog zilakasim..... mulai dari 22 feb 2010... zilakasim sudah bepindah ke www.zilakasim.com.... nanti klik gambar kat bawah untuk masuk blog baru ni ekkkk...... TQVM

About Me

My photo
I'm working lady but have interest in sewing.... Menjahit adalah terapi paling berkesan untuk aku hilangkan sifat panas baran... syukur ke hadrat ilahi

Tuesday, November 17, 2009

Tutorial jahit poket berzip

Hari ni aku upload cara2 nak jahit poket berzipa, aku belajar kat buku yg aku beli... 1st aku nak minta maaf, gambar tu macam2 version, harap u all ignore yg lain2 ekkk, ambik ilmu jahit zip je ekkk... hahhaha








mula lukis cam kat atas tu, jarak dari atas ke bawah tu 1 cm yaaa... lebar dia tu ikut panjang zip... panjang zip tu maksudnya bukan sampai awal hingga akhir, yg ada zip sahaja, pastu buat garisan kat tengah iaitu bahagi 2, kat hujung tu lukis 3 segi, dah siap lukis jahit sekali ngan kain satu lagi, jahit keliling... tengok gambar kat bawah ni.. pastikan jahit bahagian yg terbalik tau...lupa nak cakap, kalu nak cantik guna interfacing nipis juga, kalu guna kain sahaja, nanti lembut jee kain tu, so hasil nanti tak cantik



jahit sekeliling 4 segi tu ya



siap jahit, pastu gunting garisan tengah tu sampai hujung segitiga




gunting yg segitiga cam kat atas tu ya... sebab apa kita kena buat camtu, bila terbalikkan nanti kain tak nampak kedut




pastu nak terbalikkan kain, caranya masukkan kain dalam kain yg telah digunting






ni hasil kain yg telah terbalikkan, gosok bahagian yg gunting tu agar nampak kemas




tip utk zip, aku suka guna zip yg jenis metal, nak kata jeans bukan, sbb dia lembut tapi dia cantik dari zip biasa2 kita beli kat kedai tu, zip ni mahal sikit, tapi mmg cantik, siap ngan puller sekali...ok utk zip, aku dapat cara ni dari cikgu taiwan tu, kita letakkan double loytape kat zip cam gambar kat atas tu... sebabnya senang jahit, zip tak lari2






lekatkan zip dari dalam seperti kat atas, pastu jahit sekeliling




zip yg telah siap di jahit




lipat poket tersebut cam kat atas tu ekkk




 
 

jahit mula dari atas dan sekeliling




taraaaa.....poket yg dah siap





post signature

2 comments:

myza on June 3, 2010 at 12:54 AM said...

interfacing tu ape kak?

zilakasim on June 3, 2010 at 10:32 AM said...

miza... kain gam tu.. tu la interfacing..... by the way... miza g blog baru akak eekkk...

www.zilakasim.com

Related Posts with Thumbnails